KARANGAN JENIS PERBAHASAN
KETERANGAN:
1. Terbahagi kepada dua, iaitu:
a. Bentuk
pertandingan
-
memerlukan kata-kata aluan
-
menyebut panel hakim
b. Bentuk
pendapat
-
tidak memerlukan kata-kata aluan
-
bersetuju atau tidak bersetuju dengan tajuk
2. Terdapat dua
pihak dalam perbahasan iaitu penyokong atau
pembangkang.
3. Setiap idea mestilah bernas dan logik dan
disertakan contoh.
4. Format
perbahasan:-
a. Kata-kata aluan (pengerusi majlis,
hakim, guru, peserta
dan hadirin)
b. Kata penegas (Hadirin sekalian,)
c. Penegasan tajuk (Berdasarkan
hujah-hujah tadi, jelaslah
bahawa ...)
d. Penutup (Sekian sahaja
hujah-hujah saya dan saya ucapkan
ribuan terima kasih)
5. Perenggan awal mestilah menjelaskan tentang tajuk.
6. Perenggan akhir mestilah menegaskan tajuk.
7. Contoh format;
Yang
Dimuliakan/Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, panel/barisan/para hakim yang arif
lagi bijaksana, guru-guru, barisan pembangkang, dan hadirin sekalian. Selamat
sejahtera saya ucapkan.
Hadirin yang dihormati sekalian,
Kesihatan membawa maksud...
Hadirin sekalian,
Berdasarkan
hujah-hujah saya tadi, jelaslah bahawa ............. Sekian sahajalah
hujah-hujah saya dan diucapkan terima kasih.
Latihan
|
Soalan
|
1
|
Kamu dan rakan-rakan telah memasuki pertandingan akhir
perbahasan antara sekolah di daerah kamu. Tajuk perbahasan ialah “Kebaikan
Menyertai Kelas Tuisyen”.
Sediakan hujah-hujah kamu untuk menyokong tajuk tersebut.
|
RANGKA KARANGAN :
1. Banyak faedah – ilmu tambahan – latihan tambahan
2. Kelas yang selesa – memberi tumpuan – mendapat kenalan –
bertukar maklumat
3. Bertanya guru
– bilangan murid sedikit – guru beri tumpuan
4. Mengisi masa –
lebih baik daripada menonton televisyen
CONTOH KARANGAN:
Yang Dimuliakan Tuan Pengerusi Majlis, Pegawai Pelajaran Daerah Kota Bharu,
guru besar-guru besar, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru,
barisan pembangkang, dan rakan-rakan sekalian.
Berdirinya saya di sini pada pagi yang mulia ini adalah untuk menyokong
tajuk perbahasan yang berbunyi “Kebaikan Menyertai Kelas Tuisyen”.
Hadirin yang
dihormati sekalian,
Menyertai kelas tuisyen sangat
berfaedah kepada kita. Kita akan mendapat ilmu tambahan selain apa yang
dipelajari di sekolah. Latihan tambahan yang dibuat di kelas tuisyen akan
memantapkan kefahaman kita terhadap pelajaran.
Kebanyakan kelas tuisyen dilengkapi
dengan kemudahan seperti pendingin hawa serta kerusi dan meja yang selesa. Ini
membolehkan kita memberi tumpuan terhadap pelajaran. Kita juga dapat
bertukar-tukar maklumat dengan kenalan dari sekolah lain.
Biasanya
bilangan murid-murid di kelas tuisyen adalah sedikit. Oleh itu, kita dapat
bertanya guru jika tidak memahami sesuatu pelajaran. Guru-guru juga dapat memberikan
tumpuan yang lebih terhadap kita. Di
dalam kelas biasa, kita mungkin tidak mendapat peluang seperti ini.
Jika kita mengikuti kelas tuisyen,
masa senggang kita akan diisi dengan aktiviti yang berfaedah. Ini lebih baik
daripada kita hanya membuang masa dengan menonton televisyen di rumah.
Hadirin sekalian,
Berdasarkan hujah-hujah saya tadi,
jelaslah bahawa mengikuti kelas tuisyen memberikan banyak faedah kepada kita. Sekian
sahajalah hujah-hujah saya dan diucapkan terima kasih.
Latihan
|
Soalan
|
2
|
Kamu memasuki pertandingan perbahasan. Tajuk perbahasan
itu ialah “Usaha Sendiri Lebih Baik daripada Mengikuti Kelas Tambahan”.
Sebagai pembangkang, sediakan teks kamu.
|
CONTOH KARANGAN:
Yang
dimuliakan Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar, panel hakim
yang arif lagi bijaksana, barisan pencadang dan hadirin sekalian. Selamat
sejahtera saya ucapkan. Saya mewakili barisan pembangkang, tidak bersetuju
dengan tajuk perbahasan “Menonton Televisyen Adalah Lebih Baik daripada Membaca
Akhbar”.
Hadirin yang dihormati sekalian,
Akhbar
merupakan bahan pendidikan serta menyampaikan maklumat dan pengetahuan sejak
televisyen belum dicipta lagi. Televisyen pula, lebih banyak menayangkan
hiburan daripada pendidikan.
Akhbar
tidak mengandungi unsur-unsur keganasan kerana ia hanya berbentuk tulisan dan
gambar tidak bergerak sahaja. Televisyen mengandungi banyak unsur keganasan
seperti pukul-memukul, bunuh-membunuh dan juga budaya tidak baik seperti
pakaian yang menjolok mata serta adengan cium-mencium.
Melalui
akhbar, kita dapat membaca banyak maklumat yang lengkap tentang sesuatu perkara
kerana akhbar mempunyai banyak ruang untuk dimuatkan berita. Jestru itu, ia
dapat melatih kita membaca dan dapat menanam minat membaca bagi diri kita.
Hadirin sekalian,
Membaca
akhbar tidak menjadikan kita leka dan lalai tetapi menonton televisyen boleh
menyebabkan kita leka dan lalai sehinggakan lupa sembahyang dan membuat kerja
rumah. Malah lebih teruk lagi, kita terlupa untuk makan dan minum.
Hadirin sekalian,
Oleh kerana
masa tidak mengizinkan, maka saya ingin menegaskan bahawa membaca akhbar adalah
lebih baik daripada menonton televisyen. Sekianlah hujah-hujah saya dan saya
akhiri dengan ucapan terima kasih.
Latihan
|
Soalan
|
3
|
Kamu ialah pencadang dalam satu pertandingan perbahasan
yang bertajuk “Lebih Baik Memakan Buah-buahan Tempatan Daripada Buah-buahan
Luar Negeri”. Sediakan hujah-hujah kamu.
|
RANGKA KARANGAN
Pendahuluan
Kata alu-aluan; Pengerusi Majlis, Guru Besar, guru-guru
penolong kanan, barisan hakim, pihak pembangkang – salam – berdirinya saya –
menyokong tajuk – yang berbunyi.
Isi-isi
penting
1 - Kata penegas,
- Isi: Negara kita mempunyai pelbagai jenis buah
-
Huraian: Contoh
buah-buahan
-
Huraian lanjut: Mempunyai khasiat yang tinggi – masih
segar – rasanya enak
2. - Isi: Buah-buahan tempatan senang didapati
-
Huraian:
Terdapat di mana-mana – pasar besar, pasar malam, pasar tani –
sangat banyak pada musim buah
-
Huraian lanjut: Harganya murah
3.- Isi: Buah-buahan luar negeri diimport
-
Huraian: Harganya mahal
-
Huraian lanjut:
Mutunya tidak baik – terlalu lama dalam perjalanan – terdapat bahan
pengawet – menjejaskan kesihatan
4.- Kata penegas
- Isi: Memakan buah-buahan tempatan – membantu
ekonomi petani
-
Huraian: Meningkatkan ekonomi negara
-
Huraian lanjut: Menghalang pengaliran wang keluar
Penutup
– Mengundurkan diri – menegaskan – memakan buah-buahan
tempatan adalah lebih baik daripada memakan buah-buahan luar negeri. Sekian,
terima kasih.
CONTOH
KARANGAN:
Yang dimuliakan Tuan Pengerusi
Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar, barisan hakim yang arif lagi bijaksana,
pihak pembangkang dan hadirin sekalian. Selamat sejahtera saya ucapkan. Kami dari barisan pencadang menyokong tajuk
yang berbunyi “Lebih Baik Memakan Buah-buahan Tempatan Daripada Buah-buahan
Luar Negeri”.
Hadirin yang dihormati sekalian,
Negara kita kaya dengan pelbagai
jenis buah seperti buah durian, rambutan, manggis, langsat dan sebagainya.
Buah-buahan tempatan ini mempunyai khasiat yang tinggi kerana masih segar dan
rasanya pula enak.
Buah-buahan tempatan senang
didapati. Kita boleh membelinya di mana-mana saja seperti pasar besar, pasar
malam, pasar tani dan di gerai tepi jalan. Buah-buahan tempatan sangat banyak terutama pada musim buah manakala
harganya murah.
Buah-buahan luar negeri diimport
masuk ke negara kita. Harganya mahal jika dibandingkan dengan buah-buahan
tempatan. Tambahan pula, mutunya tidak baik kerana terlalu lama dalam
perjalanan dan terdapat bahan pengawet yang boleh menjejaskan kesihatan.
Hadirin sekalian,
Jika kita memakan buah-buahan
tempatan, kita dapat membantu meningkatkan ekonomi petani dan ekonomi negara.
Kita juga dapat membantu menghalang pengaliran wang kita keluar negara.
Sebelum mengundurkan diri, saya ingin
menegaskan bahawa memakan buah-buahan tempatan adalah lebih baik daripada
memakan buah-buahan luar negeri. Sekianlah hujah saya dan terima kasih.
Latihan
|
Soalan
|
4
|
Anda menyertai
pertandingan perbahasan. Tajuk perbahasan itu ialah “Makanan di Rumah Lebih
Baik daripada Makanan di Kedai”. Sebagai pencadang, tulis hujah-hujah anda
selengkapnya.
|
RANGKA KARANGAN:
Pendahuluan
kata alu-aluan kepada Pengerusi Majlis, para hakim,
guru-guru, barisan pembangkang, dan rakan-rakan
Isi-isi Penting
(a)
menyatakan tajuk perbahasan - menyokong tajuk; tersebut
(b)
makan di rumah - kebersihan makanan terjamin - dicuci
dengan sempurna
(c)
menjimatkan belanja - lebih menguntungkan - wang dapat
digunakan, untuk keperluan lain
(d)
kesihatan terjamin - dapat mengatur pemakanan harian -
mencegah keracunan makanan
Penutup
menyatakan pendirian sekali lagi - ucapan terima kasih
Latihan
|
Soalan
|
5
|
Anda telah menyertai pertandingan perbahasan. Anda sebagai
pencadang perlu membahaskan tajuk “Kegiatan Sukan Menyihatkan Badan”.
Tulis hujah-hujah anda selengkapnya
|
CONTOH KARANGAN:
Yang
dihormati Tuan Pengerusi Majlis, panel hakim yang arif lagi bijaksana, barisan
pembang-kang dan hadirin yang dihormati. Selamat sejahtera saya ucapkan.
Berdirinya saya di atas pentas ini untuk menyokong tajuk perbahasan yang
berbunyi “Kegiatan Sukan Menyihatkan Badan”.
Hadirin yang dihormati,
Badan yang
sihat bermaksud kita sihat dari segi fizikal, mental, sosial, emosi dan rohani.
Jadi, kita akan dianggap sempurna dari segi kesihatan jika kelima-lima unsur
kesihatan ini ada pada diri kita.
Bagi
mencapai tahap kesihatan yang baik, kita seharusnya mengamalkan aktiviti
bersukan. Kegiatan bersukan dapat menyihatkan badan kerana dengan bersukan,
kecergasan tubuh badan dapat dikekalkan.
Kita boleh
menjalankan aktiviti sukan yang biasa dilakukan oleh orang ramai seperti
berjoging, berenang, berbasikal dan permainan bola sepak serta bola jaring yang
dapat menguatkan kekuatan otot. Tambahan pula, kegiatan-kegiatan ini sangat
baik untuk sistem peredaran darah dan pernafasan.
Sidang hadirin yang dimuliakan,
Jika kita
banyak melakukan kegiatan sukan, maka sistem pertahanan badan kita akan kuat.
Orang yang bersukan amat jarang diserang penyakit seperti lemah jantung,
kencing manis, asma dan sebagai-nya.Tambahan pula, kegiatan bersukan menjadikan
otak kita lebih cerdas dan sihat.
Berdasarkan
hujah-hujah saya itu tadi, maka sudah terang lagi bersuluh bahawa kegiatan
sukan adalah kegiatan yang menyihatkan badan. Sekian sahaja hujah-hujah dari
saya dan saya akhiri dengan ucapan terima kasih.
Slm,nak tanye...Mcm mne klau kita slh format karangan tu??
ReplyDeleteSlm,nak tanye...Mcm mne klau kita slh format karangan tu??
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletenape xde kebaikan menonton televisyen??
ReplyDeletenape xde kebaikan menonton televisyen??
ReplyDeleteterima kasih untuk contoh karangan perbahasan ni
ReplyDeletekenape tkde karangan tajuk kebaikan makan makanan di kedai berbanding makan makanan di rumah? hurmm i want
ReplyDeleteSalah
ReplyDeleteAde tak... Perbahasan pendapat!
ReplyDelete