COVER

KATA ALUAN

Monday, October 29, 2012

CONTOH KARANGAN DIALOG


CONTOH KARANGAN:


Salim      :     Apa khabar Rosli? Apa yang awak beli tu?
Rosli       :     Khabar baik. Oh, awak Salim! Saya nak beli makanan ringan ni. 
                     Saya suka makan makanan ringan, rasanya sedap. Awak pula nak
                     beli apa?
Salim      :     Saya nak beli tepung gandum kerana mak saya nak buat kuih.
                     Saya tidak suka makan makanan ringan kerana tidak baik banyak
                     memakan makanan ringan. Cikgu kata makanan ringan
                     mengandungi banyak bahan kimia seperti bahan perisa dan bahan
                     pewarna. Manakala kandungan gula dan garam di dalamnya juga
                     tinggi.
Rosli       :     Apa akan jadi kalau kita makan terlalu banyak makanan ringan?
Salim      :     Ia akan menyebabkan penyakit seperti darah tinggi, kencing
                     manis dan buah pinggang. Jika terlalu banyak makan, dalam
                     jangka masa yang lama kita akan terkena penyakit.
Rosli       :     Tetapi iklan makanan ringan itu sungguh menarik. Betul tak?
Salim      :     Kita jangan terpengaruh dengan iklan-iklan tersebut. Itu hanya
                     untuk melariskan jualan kerana pengilang hanya pentingkan
                     keuntungan sahaja dan mereka tidak hiraukan kepentingkan serta
                     kesihatan pengguna.
Rosli       :     Kalau begitu makanan ringan ni memang tidak berkhasiat dan
                     membahayakan kesihatan.
Salim      :     Betul tu.
Rosli       :     Kalau begitu saya akan berhenti memakan makanan ringan. Saya
                     akan memberitahu keluarga saya dan menasihati adik-adik saya
                     supaya tidak makan makanan ringan lagi. Saya nak menukar
                     kegemaran kepada makan kuih-muih sahaja.
Salim      :     Baguslah kalau begitu. Eh, jemputlah ke rumah saya! Nanti kita
                     boleh berbual lebih panjang sambil makan kuih-muih.
Rosli       :     Saya akan pergi ke rumah kalau ada kelapangan. Terima kasih
                     atas nasihat yang telah awak berikan kepada saya.
Salim      :     Sama-sama. Saya minta diri untuk pulang. Nanti kita jumpa lagi.
Rosli       :     Baiklah.

CONTOH KARANGAN LAPORAN


Laporan Pameran Anti Dadah

Kelab Kaunseling Sekolah Kebangsaan Tawang dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan telah mengadakan aktiviti pameran anti dadah pada 12 Mac 2009 di dewan sekolah. Pameran itu berlangsung selama satu hari.

Tujuan pameran itu diadakan adalah untuk menyedarkan masyarakat tentang bahaya dadah kepada manusia. Di samping itu juga, para pelajar dapat mengenali jenis-jenis dadah dan kesan-kesannya

Pada pameran tersebut berbagai-bagai gambar dan poster telah dipamerkan. Di antara jenis dadah yang dipamerkan ialah daun ganja, pil-pil khayal dan ubat batuk. Turut dipamerkan ialah peralatan untuk menghisap dadah. Melalui gambar-gambar ini, kami dapat mengenali dadah dengan lebih dekat lagi.

Selain pemeran, Pegawai PEMADAM telah memberikan ceramah  tentang bahayanya penyalahgunaan dadah. Kami juga dapat menonton tayangan video kisah sebenar kehidupan penagih dadah. Di akhir ceramahnya, beliau menasihati supaya tidak sekali-kali mencuba malahan mesti menjauhi dadah.

Selepas ceramah, kami berkesempatan melihat demostrasi hukuman sebat ke atas pesalah dadah. Beberapa pelajar diberi peluang mencuba melakukan hukuman sebat tersebut. Kami berasa insaf tentang bahaya penagihan dadah dan sedar tentang hukumannya yang berat.

Kami rasa sungguh seronok dapat melihat pameran ini. Banyak pengetahuan tentang dadah yang kami peroleh. Semua pelajar berazam dan bertekat menjauhi dadah.

Laporan disediakan
oleh,                                                                   15 Mac 2009.

Tandatangan

( Nazirul bin Najib )
Setiausaha,
Kelab Kaunseling,
Sekolah Kebangsaan Tanjong Mas.

TEKNIK MENJAWAB BAHASA MELAYU PENULISAN


Tip Menjawab Soalan Penulisan UPSR

A. Memindahkan Maklumat

  1. Bacalah arahan denga teliti.

  1. Teliti bahan rangsangan yang diberikan, sama ada berupa gambar tunggal atau gambar bersiri.

  1. Kenal pasti perkara-perkara atau aktiviti-aktiviti yang dapat dilihat dengan jelas dalam gambar tersebut supaya maklumat-maklumat yang diperoleh itu adalah maklumat-maklumat tersurat sahaja.

  1. Melalui penelitian bahan rangsangan tersebut, anda akan dapat mengenal pasti idea keseluruhan gambar tersebut.

  1. Binalah lim aayat yang lengkap. Anda boleh membina ayat tunggal atau ayat majmuk.

  1. Nama watak boleh diguna mengikut kesesuaian.

  1. Nomborkan setiap ayat yang dibina.

  1. Pastikan ayat-ayat yang dibina tepat dari segi struktur ayat, penggunaan kata, ejaan, imbuhan dan tanda baca.

B. Menulis Karangan

  1. Baca dan fahami kesemua tajuk yang diberikan.

  1. Pilihlah tajuk karangan berserta formatnya yang benar-benar dikuasai.

  1. Pastikan dapat menghuraikan tajuk tersebut sehingga menjadi karangan yang sempurna.

  1. Sediakan rangka karangan supaya fakta yang anda kemukakan tidak berulang.

  1. Pastikan terdapat pendahuluan, isi-isi penting dan penutup pada karangan anda.

  1. Pendahuluan karangan mestilah berkaitan dengan tajuk.

  1. Kembangkan isi-isi penting dalam bentuk beberapa perenggan. Setiap perenggan seharusnya mempunyai perkaitan antara satu dengan yang lain.

  1. Isi-isi perenggan perlu diberikan huraian dan disertakan dengan contohnya.

  1. Karangan anda mestilah mempunyai penutup, yakni kesimpulan tentang tajuk.

  1. Setelah selesai menulis karangan, semaklah karangan yang tertinggal, contoh yang kurang tepat, kesalahan dari segi tatabahasa, ejaan, tanda baca dan sebagainya.


C. Membina ulasan

  1. Bacalah arahan soalan denga teliti dan kenal pasti kehendak soalan.

  1. Soalan meminta lima ulasan yang berkaitan aspek-aspek tertentu. Misalnya, pengajaran, nilai murni, amalan baik, kebaikkan, faedah dan sebagainya.

  1. Tulis ulasan anda itu dalam satu perenggan sahaja yang panjangnya tidak lebih daripada 50 patah perkataan.

  1. Gunakanlah penanda wacana bagi memperlihatkan kelancaran idea karangan anda.

  1. Pastikan ayat-ayat gramatis.

  1. Semaklah ulasan supaya tiada kesalahan dari segi tatabahasa, ejaan, tanda baca dan sebagainya.

TEKNIK MENJAWAB KEFAHAMAN BAHASA MELAYU


Tip Menjawab Soalan Sistem Bahasa UPSR

  1. Kod kertas 011 (SK) / 021 (SJK C/T).

  1. Masa yang diperuntukkan 50 minit sahaja. Elak mengambil masa yang terlalu lama untuk menjawab.

  1. Konteks sistem bahasa dalam ujian pemahaman.
                     
A. Morfologi

i. Bentuk kata
§  kata tunggal
§  kata terbitan
§  kata majmuk
§  kata ganda

* Proses pembentukan kata Bahasa Melayu melalui:
§  pengimbuhan
§  penggandaan
§  pemajmukan
   
ii. Golongan kata
§  kata nama
§  kata kerja
§  kata adjektif
§  kata tugas

B. Sintaksis

Pengetahuan tentang ayat, pembinaan dan perluasan mengikut ragam yang
sesuai.

Ayat soalan
Ayat jawapan
Ayat sama maksud
Ayat aktif / Ayat pasif
Struktur ayat
Cakap ajuk / pindah
Ayat yang betul
Ketepatan kata
Kesalahan tatabahasa dalam ayat



C. Peribahasa                     

Mengetahui maksud simpulan bahasa dan penggunaannya dalam ayat atau
penulisan.
                      
     
D. Sistem ejaan

Perkara yang diberi penekanan ialah :
                                                    
i.      Kata asli Bahasa Melayu
ii.    Ejaan kata pinjaman
iii.   Ejaan kata dasar dan kata terbitan

  1. Baca setiap soalan dengan teliti.

  1. Untuk soalan bergambar, kenal pasti perkaitan antara soalan dengan gambar yang disertakan.

  1. Bilangan soalan adalah sebanyak 30 daripada 40 soalan.  Jenis soalan ialah;
    1. Aneka pilihan mudah. Soalan menghendaki calon memilih satu jawapan betul atau terbaik.
                                          i.    Empat opsyen jawapan A, B,c dan D
    1. Aneka pilihan kompleks. Soalan menghendaki murid memilih satu gabungan jawapan yang  betul atau  terbaik.
                                          i.    Empat pilihan jawapan bernombor roman
                                        ii.    Empat opsyen jawapan A, B,C dan D

  1. Kata tugas dalam soalan.

Isikan tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Perkataan seerti bagi
Perkataan berlawan bagi
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di atas.
Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di atas.
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
Pilih ayat yang betul.

  1. Jawab soalan yang mudah dahulu.


Tip Menjawab Soalan Pemahaman Petikan UPSR

  1. Soalan pemahaman petikan hanya menguji aspek pengetahuan tentang teks yang dibaca. Murid membaca dan memahami kandungan teks lalu mencari maklumat yang disoal.

  1. Baca petikan dengan teliti supaya isi petikan dapat anda fahami.

  1. Baca soalan-soalan serta pilihan jawapan yang dikemukakan dengan teliti.

  1. Cari kata kunci soalan kemudian cari maklumat dalam petikan. Seterusnya menanda / menggaris isi dalam teks.

  1. Garisi jawapan sekiranya jawapan yang dikehendaki itu dapat ditemukan dalam petikan.

  1. Telitilah jawapan pilihan yang lain juga. Pastikan bahawa jawapan yang anda pilih itu benar-benar menepati kehendak soalan.

  1. Kata tugas dalam soalan. Kata tugas (jenis-jenis  kata tanya) Membayangkan kerencaman  (kepelbagaian) tugasan dalam buku soalan. Contoh kata tugas:

Bil
Kata Tugas
Respons yang Diharapkan
1
Apakah
Memberikan maklumat yang khusus atau spesifik
2
Siapakah
Mengenal pasti individu dalam konteks tertentu
3
Bilakah
Menyatakan masa atau waktu urutan sesuatu peristiwa
4
Di manakah
Menyatakan tempat, kedudukan atau lokasi sesuatu peristiwa
5
Bagaimanakah
Memperihalkan/ Memberi penerangan tentang cara/ keadaan/ langkah/ kejadian
6
Mengapakah
Memberi sebab
7
Berapakah
Menyatakan kuantiti
8
Manakah
Menyatakan pilihan
9
Tuliskan
Menulis maklumat berdasarkan respons yang diharapkan
10
Nyatakan
Memberi jawapan yang spesifik tanpa memerlukan huraian lanjut/huraian/sokongan
11
Ulaskan
Memberi pandangan/ pendapat/ komen/ kritik
12
Pilih
Membuat pilihan jawapan
13
Isikan
Memasukkan jawapan yang sesuai
14
Bezakan
Menyatakan kelainan / ketidaksamaan antara dua atau lebih perkara
15
Bincangkan
Memberikan penerangan / pandangan daripada pelbagai aspek
16
Catatkan
Merakam sesuatu maklumat

  1. Berhati-hatilah ketika menjawab soalan supaya tidak terperangkap oleh teknik penyoalan. Misalnya, soalan yang menggunakan kata kecuali, bukan, tidak benar, lawan, seerti dan sebagainya.

  1. Jangan sekali-kali memberikan jawapan hanya berdasarkan pemahaman anda tanpa merujuki konteks ayat. Biasanya soalan-soalan yang menanyakan erti kata, lawan kata, maksud rangkai kata dan maksud peribahasa, pemilihan katanya adalah berdasarkan konteks ayat dalam petikan.

  1. Terdapat juga soalan-soalan yang berbentuk tersirat. Misalnya, soalan yang bertanyakan pendapat anda. Untuk menjawab soalan seperti ini, carilah jawapan yang paling tepat dan logik.

  1. Sekiranya terdapat soalan yang menanyakan tema, isi-isi penting dan tajuk, anda perlu memahami petikan tersebut secara keseluruhannya untuk mendapatkan jawapannya.

PERINGKAT DALAM UPSR


MODUL BAHASA MELAYU UPSR


PENGENALAN

            Modul ini mengandungi soalan-soalan bagi kertas Bahasa Melayu Pemahaman dan Bahasa Melayu Penulisan. Soalan-soalan pemahaman merangkumi seluruh topik sistem bahasa. Penerangan dan nota ringkas tentang topik-topik sistem bahasa disertakan. Setiap topik disertakan soalan-soalan sebagai latihan kepada murid-murid.

Bagi soalan pemahaman petikan pula, diserta petikan-petikan yang meliputi pelbagai bentuk teks prosa dan bukan prosa dengan diikuti oleh lima soalan pemahaman. Bagi soalan penulisan pula, ketiga-tiga bahagian iaitu bahagian A, B dan C disediakan. Setiap soalan latihan yang dipilih adalah berdasarkan kurikulum Bahasa Melayu Kementerian Pelajaran Malaysia.


OBJEKTIF MODUL

  1. Sebagai bahan sokongan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

  1. Sebagai pemangkin untuk meningkatkan daya ingatan murid terhadap apa yang dipelajari.

  1. Bahan yang terarah mengikut topik-topik kemahiran sistem bahasa supaya murid-murid berpengetahuan tentang sistem bahasa Bahasa Melayu.

  1. Membantu menguasai kemahiran menjawab soalan pemahaman dan sistem bahasa. 

  1. Menguasai teknik penulisan dengan berkesan.

  1. Murid dapat menulis pelbagai jenis penulisan kreatif dan bukan kreatif.

  1. Guru boleh mendapatkan gambaran tentang prestasi murid selepas sesi pembelajaran dan membaiki kelemahan tersebut dengan segera.

  1. Membantu mencapai kecemerlangan dalam Bahasa Melayu pemahaman dan penulisan.


RASIONAL

Daripada penyelidikan yang dijalankan, masalah-masalah yang dikenal pasti dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu adalah seperti berikut;

1.    Murid tidak memahami sistem bahasa Bahasa Melayu.

2.    Murid tidak mengetahui teknik-teknik menjawab soalan tatabahasa dan pemahaman teks.

3.    Murid tidak menguasai kosa kata lama atau baharu Bahasa Melayu.

4.    Murid tidak berupaya membuat sendiri latihan Bahasa Melayu.

5.    Murid kurang terdedah kepada contoh-contoh penulisan.

6.    Murid tidak mengingati format-format penulisan.

7.    Murid kurang berminat membuat latihan penulisan berformat.

8.    Murid tidak mengetahui teknik menjawab soalan penulisan.

Modul ini diharap dapat membantu murid-murid untuk mencapai markah yang lebih baik dan menguasai sistem bahasa serta kemahiran-kemahiran penulisan dalam tempoh yang ditetapkan.


SASARAN

Modul ini disasarkan kepada semua murid tahap dua secara amnnya dan secara khusus kepada calon-calon UPSR seluruh Kelantan.


TEMPOH PERLAKSANAAN

Modul ini dicadang untuk digunakan sepanjang tahun iaitu bermula dari awal tahun hinggalah menjelang UPSR.

SecEriA KehiDupaN BersAmA-SamA RaKan-RaKan

Shoot Sebelum Balik Sekolah....Bergaya Depan Photoshoot....Hehehe..:)

Berposing-posing bersama-sama rakan Di Sk Long Jaafar Sebelum Cuti Aidiladha...
Raya Sakanla NO...!!!
:)




Friday, October 19, 2012

Pantun ohh pantun ^.^ 


Pantun adalah sebahagian daripada puisi . Ia adalah khazanah bahasa yang masih kekal hingga saat ini . Di bawah ini dilampirkan beberapa rangkap pantun buat tatapan dan renungan kita bersama .


     Banyak bunga berbau wangi , 
               Wangi lagi bunga tanjung , 
     Pemimpin negara kita sayangi , 
               Khidmat baktinya kita sanjungi . 


    Membawa kayu berhasta-hasta , 
               Kayu dipotong dengan gergaji , 
    Orang yang takwa dijauhi daripada dusta , 
               Jauh juga dari kawan yang keji .