BAHASA MELAYU PEMAHAMAN
KETERANGAN:
Kata Nama Am
ialah kata yang menamakan manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan, benda, tempat dan
sebagainya secara am atau umum
Kata Nama Am boleh terbina daripada kata dasar atau pun kata
terbitan.
Kata nama dasar ialah kata nama yang tidak mengalami proses
pengimbuhan.
Kata nama terbitan ialah kata nama yang terhasil akibat
proses pengimbuhan pada sesuatu kata dasar.
|
|||
Isi tempat kosong dengan perkataan yang paling sesuai.
1. __________ yang terletak di hujung
kampung mengeluarkan hasil yang lumayan.
A Kebun C Buah
B Pokok D Tumbuhan
2. Mak Lijah mengikat sebilah __________
pada galah itu untuk mengait jantung pisang.
A tajak C parang
B gunting D pisau
3. Kerja
sebagai seorang anggota __________ adalah untuk menangkap dan membawa
penjenayah ke muka pengadilan.
A tentera C rela
B polis D kastam
4. _________
handalan itu telah memecahkan rekod acara 100 meter yang bertahan selama lima
tahun.
A Orang C Atlet
B Pasukan D pemain
5. Kawasan itu akan dimajukan sebagai
kawasan __________ yang baharu tidak lama lagi.
A perumah C perumahan
B rumah D berumah
6. Seorang
__________ ternama sedang bermain golf sambil berbincang urusan jual beli
dengan rakan-rakannya.
A pekerja C pegawai
B peniaga D usahawan
7. Bapa saya pernah menjadi __________
sekolah di kampung ini.
A ketuaan C mengetua
B ketua D pengetua
8. Banyak _________ gemar melawat
tempat-tempat menarik di negara ini.
A pelancung C pelancong
B pendatang D pelawat
9. Para
pelajar sedang sibuk menghias __________ sekolah kerana majlis anugerah kecemerlangan
akan diadakan lusa.
A taman C kantin
B dewan D kedai
10. Pada zaman dahulu, banyak _________ datang
ke Melaka untuk urusan perniagaan.
A pengurus C penjual
B penjaja D pedagang
No comments:
Post a Comment