Latihan
|
Soalan
|
1
|
Andaikan anda
seorang tokoh sekolah. Anda diminta untuk menyampaikan syarahan dalam perhimpunan
sekolah. Tajuk syarahan itu ialah
"Kepentingan Aktiviti Sukan kepada Murid- murid". Sediakan teks syarahan
tersebut selengkapnya.
|
RANGKA KARANGAN
Pendahuluan
kata alu-aluan kepada Pengerusi Majlis, guru- guru, dan
rakan-rakan- menyatakan tajuk
Isi-isi Penting
(a)
Bersukan menjadikan tubuh badan sihat - fikiran tidak
tertekan oleh pelajaran
(b)
meningkatkan keyakinan diri - memupuk nilai-nilai
kepemimpinan
(c)
melahirkan murid yang berdisiplin dan bertanggungjawab
- dapat menghindarkan diri daripada unsur yang tidak sihat
(d)
mengharumkan nama sekolah dengan kejayaan - menaikkan
imej sekolah
Penutup
sukan tidak menjejaskan pelajaran - ucapan terima kasih
Latihan
|
Soalan
|
2
|
Kamu selaku Pengerusi Kelab Menabung diminta menyampaikan syarahan
sempena kempen menabung. Tajuk syarahan kamu ialah “Faedah Menabung”. Sediakan teks syarahan
kamu itu.
|
CONTOH KARANGAN:
Yang
dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar, guru-guru
penolong kanan, guru-guru, dan rakan-rakan yang dihormati sekalian. Selamat
sejahtera saya ucapkan.
Pada pagi
yang berbahagia ini, saya akan menyampaikan ucapan yang bertajuk “Faedah
Menabung”.
Hadirin yang dihormati sekalian,
Amalan
menabung bermaksud amalan menyimpan wang secara sedikit demi sedikit. Wang yang
disimpan itu adalah wang lebihan yang diberikan oleh ibu bapa untuk
perbelanjaan di sekolah.
Amalan
menabung ini membawa banyak kebaikan. Amalan ini dapat mendidik kita supaya
tidak berbelanja besar. Kita akan sentiasa berbelanja mengikut kemampuan dan
bukannya nafsu membeli. Kita akan dapat mengawal perbelanjaan kerana kita
mempunyai keinginan untuk menabung.
Faedah
menabung dapat memupuk sikap sentiasa berjimat cermat. Dengan amalan ini, sikap
boros dapat dihindari kerana orang yang suka menabung mempunyai azam untuk
sentiasa menambah wang tabungan. Biasanya mereka akan mencapai kepuasan apabila
simpanan tabungan mereka bertambah dari semasa ke semasa.
Faedah lain
yang kita boleh peroleh daripada amalan menabung adalah dapat menggunakan wang
tabungan sekiranya berlaku kecemasan. Kita boleh gunakan wang simpanan untuk
berbelanja bagi mengelakkan kita berhutang ketika kecemasan. Kalau kita tidak
mempunyai wang simpanan, kita akan berhutang dan ini akan menambahkan bebanan.
Hadiri sekalian,
Amalan
menabung perlu dipupuk sejak kecil lagi supaya amalan ini terus sebati dalam
diri sehingga dewasa. Oleh itu, marilah kita bertekad untuk menabung dari
sekarang. Ingatlah pepatah “beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis”.
Sekian dahulu ucapan saya dan saya sudahi dengan ucapan terima kasih.
Latihan
|
Soalan
|
3
|
Kamu menyertai
pertandingan syarahan di sekolah kamu. Tajuk syarahan yang kamu pilih ialah
“Guru adalah Ibu Bapa Murid di Sekolah”. Sediakan teks syarahan kamu
itu.
|
RANGKA KARANGAN
1.
Pendahuluan:
·
kata alu-aluan – salam – tujuan – tajuk
2.
Isi-isi penting:
·
banyak masa bersama guru – lebih lima jam sehari
·
guru mendidik – memberi ilmu – dedikasi
·
ibu
bapa mencari rezeki – guru mengajar – mendidik
·
Di
rumah hidup bersama adik-beradik – di sekolah ramai kawan – guru jaga
3.
Penutup:
·
kesimpulan – kata hikmat – saranan – terima
kasih
CONTOH KARANGAN
Yang dihormati Tuan Pengerusi
Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar, panel hakim yang arif lagi bijaksana,
guru-guru dan serta rakan-rakan sekalian. Selamat sejahtera saya ucapkan.
Berdirinya saya di sini pada pagi yang mulia ini adalah untuk menyampaikan
syarahan yang bertajuk “Guru Ialah Ibu Bapa Murid di Sekolah”.
Hadirin yang dihormati sekalian,
Sebagai
seorang pelajar, kita banyak menghabiskan masa di sekolah bersama guru. Lebih
daripada lima jam sehari kita berada di sekolah. Waktu pagi belajar di dalam
bilik darjah manakala petangnya menyertai aktiviti kokurikulum.
Di sekolah,
guru mendidik kita setiap hari. Guru memberi banyak ilmu pengetahuan kepada
kita supaya kita menjadi manusia yang pandai dan berguna kepada masyarakat.
Untuk itu, guru dengan penuh dedikasi cuba mendidik kita supaya kita berjaya.
Di rumah
pula, ibu dan bapa tekun bekerja untuk mencari rezeki bagi menyara hidup kita.
Segala keperluan kita akan ditunaikan oleh ibu dan bapa. Kita perlu patuh
kepada arahan ibu dan bapa di rumah supaya kita selamat di dunia dan di
akhirat.
Hadirin sekalian,
Di rumah
kita bergaul dengan adik-beradik dengan diawasi oleh ibu dan bapa. Jika
bergaduh, ibu dan bapa akan meleraikannya. Di sekolah pula, kita bergaul dengan
kawan-kawan yang ramai. Pergaulan kita akan diawasi oleh guru. Jika ada
masalah, gurulah yang menjadi tempat kita mengadu.
Jadi
berdasarkan keterangan saya maka benarlah pendapat bahawa guru merupakan ibu
bapa kita di sekolah. Oleh sebab itu, kita perlu menghormati guru sebagaimana
kita menghormati ibu dan bapa. Sekian sahaja syarahan saya. Terima kasih.
Latihan
|
Soalan
|
4
|
Pusat sumber sekolah kamu mengadakan kempen “Mari Membaca”
Sebagai Ketua Pengawas Pusat Sumber, kamu ditugaskan menyampaikan syarahan
kepada para pelajar pada hari pelancaran kempen tersebut. Tajuk syarah kamu
ialah “Melahirkan Budaya Suka Membaca”. Tuliskan teks syarahan kamu itu.
|
RANGKA KARANGAN
Pendahuluan
Kata alu-aluan – salam – berdirinya saya – tajuk
Isi-isi
penting
1. - Kata penegas,
- Isi: Amalan suka membaca – penting
-
Huraian: Banyak
faedah – didapati dengan membaca
-
Huraian lanjut:
Bukan sahaja – menambah ilmu pengetahuan, bahkan – boleh dijadikan
panduan dan teladan
2. - Isi:
Membaca – hobi – berguna
-
Huraian: Mengisi masa – tidak terbuang begitu saja
-
Huraian lanjut:
Boleh – meningkatkan penguasaan bahasa
3. - Isi:
Membaca – amalan baik
-
Huraian: Bagaimana cara menyemai – minat membaca
-
Huraian lanjut:
Aktiviti membaca – seronok – berkumpulan – ajak rakan-rakan – membaca –
taman rekreasi – sekolah – beri hadiah
galakkan – paling banyak baca buku
4. - Kata penegas
- Isi: Hilangkan kebosanan – pelbagaikan bahan
bacaan
-
Huraian: Jangan hanya baca buku teks – baca juga
buku-buku cerita
-
Huraian lanjut: Pilih buku yang menarik – di pusat
sumber – juga boleh beli – tambah koleksi di rumah
Penutup
–
Jelaslah kepada kita – bahawa membaca sangat penting –
Ingatlah “Membaca Jambatan Ilmu” – akhir kata jadikan amalam membaca sebagai
budaya hidup – Sekian, terima kasih
CONTOH
KARANGAN:
Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis,
Yang berusaha Tuan Guru Besar, guru-guru penolong kanan, guru-guru dan
rakan-rakan sekalian. Selamat sejahtera saya ucapkan.Berdirinya saya di sini
pada pagi yang mulia ini ialah untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk
“Melahirkan Budaya Suka Membaca”.
Hadirin yang saya hormati sekalian,
Suka membaca adalah tabiat yang
sangat berguna terutamanya kepada para pelajar. Banyak faedah yang boleh
didapati dengan membaca. Ia bukan sahaja untuk menambah ilmu pengetahuan,
bahkan boleh dijadikan panduan dan teladan dalam hidup kita.
Membaca merupakan hobi yang sangat
berguna kepada kita. Ia dapat mengisi masa kita dengan perbuatan yang berfaedah
dan masa lapang kita tidak terbuang begitu saja. Di samping itu, ia boleh
meningkatkan penguasaan bahasa kita.
Membaca merupakan amalan yang
sangat baik kepada kita. Minat
membaca boleh disemai sedari kecil lagi. Aktiviti membaca lebih seronok jika
dilakukan secara berkumpulan. Kita boleh mengajak rakan-rakan untuk membaca di
taman rekreasi atau pun di pusat sumber sekolah. Ibu bapa juga patut
memberi hadiah galakkan kepada anak-anak
mereka paling banyak baca buku.
Hadirin sekalian,
Membaca boleh menghilangkan
kebosanan. Kita boleh membaca pelbagai bahan bacaan. Jangan hanya baca buku
teks sahaja. Bacalah juga buku-buku cerita, majalah novel dan lain-lain lagi.
Pilihlah buku-buku yang menarik yang boleh didapati di pusat sumber malahan
boleh juga boleh beli sebagai tambah koleksi buku-buku di rumah.
Jelaslah kepada kita bahawa membaca
sangat penting. Ingatlah kata pepatah “Membaca Jambatan Ilmu”. Akhir kata dari
saya, jadikan amalam membaca sebagai budaya hidup. Sekian sahaja syarahan saya,
terima kasih.
Latihan
|
Soalan
|
5
|
Anda mewakili sekolah dalam pertandingan syarahan yang
bertajuk “Kepentingan Sains dan Teknologi Dalam Kehidupan Manusia”. Tulis
syarahan tersebut.
|
RANGKA KARANGAN:
Pendahuluan
Kata-kata aluan – Pengerusi, guru besar, hakim, hadirin lain
– salam – tujuan - tajuk syarahan.
Isi-isi
1. Sains
dan teknologi – penting – negara membangun – negara kita menuju negara maju -
semakin maju sains dan teknologi – semakin maju negara.
2. Contoh
kemajuan sains dan teknologi – televisyen alat sebaran am – telefon alat
perhubungan – komputer, internet alat perhubungan dan maklumat.
3. Perbandingan
– dahulu mundur – aspek pendidikan, perubatan, perindusterian - kurang alat
berteknologi tinggi.
4. Menegaskan
– sains memudahkan pekerjaan – menjimatkan masa – maklumat kemas, tersusun –
jadikan manusia lebih pintar.
Penutup
Saranan – gunakan rekaan sains – secara bijak – Akhir kata –
sekian syarahan – terima kasih.
CONTOH KARANGAN:
Yang dimuliakan Tuan Pengerusi Majlis, Yang
Berbahagia Pegawai Pendidikan Daerah Kota Bharu, para guru besar, barisan hakim
yang arif lagi bijak sana, guru-guru dan para hadirin sekalian.
Selamat sejahtera saya ucapkan. Berdirinya saya di
sini adalah untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk “Kepentingan Sains dan
Teknologi Kepada Kehidupan Manusia.”
Hadirin yang dihormati sekalian,
Tidak dapat dinafikan lagi
bahawa Sains dan Teknologi sangat penting pada zaman ini. Negara kita sedang
menuju ke arah negara maju. Ini disebabkan semakin maju Sains dan Teknologi
negara tersebut maka semakin majulah negara itu.
Di antara contoh kemajuan
Sains dan Teknologi ialah terciptanya televisyen, telefon, komputer dan
peralatan perubatan yang canggih. Peralatan ini memberi banyak kemudahan kepada
manusia.
Pada zaman dahulu
kehidupan manusia mundur kerana tiada Sains dan Teknologi. Manusia ketika itu
ketinggalan dalam aspek pendidikan, perubatan, perindustrian kerana tiada alat
yang berteknologi tinggi.
Hadirin sekalian,
Dengan perkembangan Sains,
kerja kita menjadi semakin mudah dan cepat. Semua kerja harian kita dapat
dibuat dengan pantas dan betul. Kecanggihan teknologi menjadikan manusia
semakin pintar.
Berdasarkan keterangan itu
tadi, saya menyarankan agar saudara-saudari menggunakan rekaan Sains dengan
bijak. Akhir kata, sampai di sinilah syarahan dan saya sudahi dengan ucapan
sekian, terima kasih.
Latihan
|
Soalan
|
6
|
Anda berminat
untuk menyertai suatu pertandingan syarahan. Tajuk syarahan itu ialah
"Memupuk Budaya Membaca". Sediakan teks syarahan itu dengan
lengkap.
|
RANGKA KARANGAN
Pendahuluan
kata alu-aluan kepada Pengerusi Majlis, barisan hakim, dan
hadirin - menyatakan tajuk syarahan
Isi-isi Penting
(a)
tanggungjawab kerajaan - menyediakan kemudahan
perpustakaan bergerak - memperbanyak bahan bacaan bermutu
(b)
tanggungjawab ibu bapa - menjadi model kepada anak-anak
- menghadiahkan bahan bacaan yang sesuai
(c)
tanggungjawab pihak sekolah - menganjurkan pertandingan
- menggalakkan murid-murid membaca
(d)
tanggungjawab penerbit buku - menawarkan harga buku
yang berpatutan - menggunakan bahasa yang mudah difahami
Penutup
semua pihak memainkan peranan penting untuk mewujudkan
budaya membaca - melahirkan masyarakat yang berilmu pengetahuan
Latihan
|
Soalan
|
7
|
Anda terpilih
mewakili sekolah anda untuk suatu pertandingan syarahan. Tajuk syarahan itu
ialah "Bahaya Keracunan Makanan".
|
RANGKA KARANGAN
Pendahuluan
kala alu-aluan kepada Pengerusi Majlis, para hakim, Guru
Besar, dan rakan-rakan
Isi-isi Penting
(a)
golongan yang sering terdedah pada keracunan makanan -
murid-murid dan orang dewasa
(b)
punca keracunan makanan - penyediaan makanan yang tidak
bersih - makanan kotor dan tidak dimasak
(c)
jenis makanan yang mudah dijangkiti bakteria - makanan
berlemak - makanan dalam tin
(d)
kesan keracunan makanan - cirit-birit, muntah-muntah,
demam, dan kehilangan banyak air
Penutup
menyeru orang ramai menjaga kebersihan - hidup lebih
sejahtera - ucapan terima kasih
Latihan
|
Soalan
|
8
|
Andaikan bahawa anda murid yang cemerlang. Anda diundang untuk menyampaikan syarahan
tentang teknik-teknik belajar yang berkesan. Tulis syarahan itu selengkapnya.
|
Rangka Karangan
Pendahuluan
kata alu-aluan - menyatakan tajuk syarahan
Isi-isi Penting
(a) membuat jadual waktu di rumah - bilangan
jam waktu belajar dan masa rehat
(b)
memilih tempat belajar yang sesuai - persekitaran yang
nyaman
(c)
belajar secara sistematik - membaca, memahami,
mengingati, mengulang kaji - belajar secara berkumpulan
(d)
tindakan sebelum peperiksaan - membuat persediaan dari
segi emosi, peralatan dan kesihatan
Penutup
ucapan penutup dan terima kasih
Latihan
|
Soalan
|
9
|
Anda telah
menyertai pertandingan syarahan. Tajuknya ialah “Dadah Membawa Maut”.
Sediakan teks syarahan kamu itu.
|
RANGKA KARANGAN
Pendahuluan
Kata-kata aluan kepada Pengerusi Majlis, Guru Besar, para
hakim, guru-guru dan rakan-rakan. Salam – tujuan – tajuk
Isi-isi Penting
- Musuh negara – salah guna – mudarat diri –
membawa maut
- Jenis-jenis dadah – dadah
ringan – ganja – dadah berat – heroin, morfin, syabu, pil khayal, pil kuda
– asal pokok popi
- Penagih perlu wang –
RM60.00 hingga RM100.00 sehari – mencuri, meragut – kejadian jenayah
merebak
- Dadah membawa HIV –
penyakit Aids – sindrom kurang daya melawan penyakit – merebak kongsi
jarum – tiada ubat – membawa maut
Penutup
menyeru menjauhi dadah – amal cara hidup sihat – hidup
lebih sejahtera – ucapan terima kasih