COVER

KATA ALUAN

Monday, October 29, 2012

CONTOH KARANGAN DIALOG


CONTOH KARANGAN:


Salim      :     Apa khabar Rosli? Apa yang awak beli tu?
Rosli       :     Khabar baik. Oh, awak Salim! Saya nak beli makanan ringan ni. 
                     Saya suka makan makanan ringan, rasanya sedap. Awak pula nak
                     beli apa?
Salim      :     Saya nak beli tepung gandum kerana mak saya nak buat kuih.
                     Saya tidak suka makan makanan ringan kerana tidak baik banyak
                     memakan makanan ringan. Cikgu kata makanan ringan
                     mengandungi banyak bahan kimia seperti bahan perisa dan bahan
                     pewarna. Manakala kandungan gula dan garam di dalamnya juga
                     tinggi.
Rosli       :     Apa akan jadi kalau kita makan terlalu banyak makanan ringan?
Salim      :     Ia akan menyebabkan penyakit seperti darah tinggi, kencing
                     manis dan buah pinggang. Jika terlalu banyak makan, dalam
                     jangka masa yang lama kita akan terkena penyakit.
Rosli       :     Tetapi iklan makanan ringan itu sungguh menarik. Betul tak?
Salim      :     Kita jangan terpengaruh dengan iklan-iklan tersebut. Itu hanya
                     untuk melariskan jualan kerana pengilang hanya pentingkan
                     keuntungan sahaja dan mereka tidak hiraukan kepentingkan serta
                     kesihatan pengguna.
Rosli       :     Kalau begitu makanan ringan ni memang tidak berkhasiat dan
                     membahayakan kesihatan.
Salim      :     Betul tu.
Rosli       :     Kalau begitu saya akan berhenti memakan makanan ringan. Saya
                     akan memberitahu keluarga saya dan menasihati adik-adik saya
                     supaya tidak makan makanan ringan lagi. Saya nak menukar
                     kegemaran kepada makan kuih-muih sahaja.
Salim      :     Baguslah kalau begitu. Eh, jemputlah ke rumah saya! Nanti kita
                     boleh berbual lebih panjang sambil makan kuih-muih.
Rosli       :     Saya akan pergi ke rumah kalau ada kelapangan. Terima kasih
                     atas nasihat yang telah awak berikan kepada saya.
Salim      :     Sama-sama. Saya minta diri untuk pulang. Nanti kita jumpa lagi.
Rosli       :     Baiklah.

7 comments:

  1. Kenapa panjang sgt citernya ha...

    ReplyDelete
  2. Minta pertolongan ...tolong buat karangan perbahasan tajuknya "Belajar Sendirian Lebih Baik daripada Belajar Secara Berkumpulan"pembangkang pertama dan kedua...MOHON PERTOLONGAN

    ReplyDelete
  3. Minta pertolongan ...tolong buat karangan perbahasan tajuknya "Belajar Sendirian Lebih Baik daripada Belajar Secara Berkumpulan"pembangkang pertama dan kedua...MOHON PERTOLONGAN

    ReplyDelete
  4. Minta pertolongan ...tolong buat karangan perbahasan tajuknya "Belajar Sendirian Lebih Baik daripada Belajar Secara Berkumpulan"pembangkang pertama dan kedua...MOHON PERTOLONGAN

    ReplyDelete