Tip Menjawab
Soalan Penulisan UPSR
A. Memindahkan
Maklumat
- Bacalah
arahan denga teliti.
- Teliti
bahan rangsangan yang diberikan, sama ada berupa gambar tunggal atau
gambar bersiri.
- Kenal
pasti perkara-perkara atau aktiviti-aktiviti yang dapat dilihat dengan
jelas dalam gambar tersebut supaya maklumat-maklumat yang diperoleh itu
adalah maklumat-maklumat tersurat sahaja.
- Melalui
penelitian bahan rangsangan tersebut, anda akan dapat mengenal pasti idea
keseluruhan gambar tersebut.
- Binalah
lim aayat yang lengkap. Anda boleh membina ayat tunggal atau ayat majmuk.
- Nama
watak boleh diguna mengikut kesesuaian.
- Nomborkan
setiap ayat yang dibina.
- Pastikan
ayat-ayat yang dibina tepat dari segi struktur ayat, penggunaan kata,
ejaan, imbuhan dan tanda baca.
B. Menulis
Karangan
- Baca
dan fahami kesemua tajuk yang diberikan.
- Pilihlah
tajuk karangan berserta formatnya yang benar-benar dikuasai.
- Pastikan
dapat menghuraikan tajuk tersebut sehingga menjadi karangan yang sempurna.
- Sediakan
rangka karangan supaya fakta yang anda kemukakan tidak berulang.
- Pastikan
terdapat pendahuluan, isi-isi penting dan penutup pada karangan anda.
- Pendahuluan
karangan mestilah berkaitan dengan tajuk.
- Kembangkan
isi-isi penting dalam bentuk beberapa perenggan. Setiap perenggan
seharusnya mempunyai perkaitan antara satu dengan yang lain.
- Isi-isi
perenggan perlu diberikan huraian dan disertakan dengan contohnya.
- Karangan
anda mestilah mempunyai penutup, yakni kesimpulan tentang tajuk.
- Setelah
selesai menulis karangan, semaklah karangan yang tertinggal, contoh yang
kurang tepat, kesalahan dari segi tatabahasa, ejaan, tanda baca dan
sebagainya.
C. Membina ulasan
- Bacalah
arahan soalan denga teliti dan kenal pasti kehendak soalan.
- Soalan
meminta lima ulasan yang berkaitan aspek-aspek tertentu. Misalnya,
pengajaran, nilai murni, amalan baik, kebaikkan, faedah dan sebagainya.
- Tulis
ulasan anda itu dalam satu perenggan sahaja yang panjangnya tidak lebih
daripada 50 patah perkataan.
- Gunakanlah
penanda wacana bagi memperlihatkan kelancaran idea karangan anda.
- Pastikan
ayat-ayat gramatis.
- Semaklah
ulasan supaya tiada kesalahan dari segi tatabahasa, ejaan, tanda baca dan
sebagainya.
No comments:
Post a Comment