COVER

KATA ALUAN

Monday, October 29, 2012

CONTOH KARANGAN LAPORAN


Laporan Pameran Anti Dadah

Kelab Kaunseling Sekolah Kebangsaan Tawang dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan telah mengadakan aktiviti pameran anti dadah pada 12 Mac 2009 di dewan sekolah. Pameran itu berlangsung selama satu hari.

Tujuan pameran itu diadakan adalah untuk menyedarkan masyarakat tentang bahaya dadah kepada manusia. Di samping itu juga, para pelajar dapat mengenali jenis-jenis dadah dan kesan-kesannya

Pada pameran tersebut berbagai-bagai gambar dan poster telah dipamerkan. Di antara jenis dadah yang dipamerkan ialah daun ganja, pil-pil khayal dan ubat batuk. Turut dipamerkan ialah peralatan untuk menghisap dadah. Melalui gambar-gambar ini, kami dapat mengenali dadah dengan lebih dekat lagi.

Selain pemeran, Pegawai PEMADAM telah memberikan ceramah  tentang bahayanya penyalahgunaan dadah. Kami juga dapat menonton tayangan video kisah sebenar kehidupan penagih dadah. Di akhir ceramahnya, beliau menasihati supaya tidak sekali-kali mencuba malahan mesti menjauhi dadah.

Selepas ceramah, kami berkesempatan melihat demostrasi hukuman sebat ke atas pesalah dadah. Beberapa pelajar diberi peluang mencuba melakukan hukuman sebat tersebut. Kami berasa insaf tentang bahaya penagihan dadah dan sedar tentang hukumannya yang berat.

Kami rasa sungguh seronok dapat melihat pameran ini. Banyak pengetahuan tentang dadah yang kami peroleh. Semua pelajar berazam dan bertekat menjauhi dadah.

Laporan disediakan
oleh,                                                                   15 Mac 2009.

Tandatangan

( Nazirul bin Najib )
Setiausaha,
Kelab Kaunseling,
Sekolah Kebangsaan Tanjong Mas.

3 comments: